Friday, May 16, 2014

tips percutian di tokyo japan

tips ke tokyo jepun 30 april 2014 - 6 may 2014
 1. passport malaysia yg ICAO standard xperlukan visa utk masuk ke jepun. sila rujuk di http://www.my.emb-japan.go.jp/Japanese/ryoji/2013/bio_visa.JPG untuk gambaran passport

2. untuk penginapan yg murah sila ke https://www.airbnb.com . kalau blh pilih rumah yg menyediakan pocket wifi. internet sgt penting untuk rujukan lebih2 lagi mengenai laluan subway.

 3. makanan halal di jepun sgt susah nak jumpa, bawa bekal dari malaysia. nasi boleh beli dekat 7-eleven (nasi instant 296yen dpt 3). please take note kat japan makanan sgt mahal.

 4. untuk pengangkutan di sekitar tokyo beli suica card dkt machine di station2 subway. suica card mcm touch n go so senang xperlu beli tiket. beli tiket amat memeningkan sebab kebanyakkan nye bahasa jepun. saya menggunakan suica card sebanyak 10,000 yen utk seminggu

 5. untuk laluan subway blh rujuk di http://www.hyperdia.com/en/ (subway di tokyo sgt byk dan memeningkan kepale)

 6. untuk plan tempat2 menarik blh rujuk http://www.japan-guide.com/

 7. kalau da pernah pergi disneyland, xperlu pergi lagi kat tokyo. kebanyakkan nya sama sahaja. lebih baik pergi ke disneysea sahaja.

 8. kalau nak pilih tarikh ke jepun, sile rujuk public holiday japan. time public holiday mmg sangat pack.

 9. bajet saya ke jepun selama 7 hari:
 air ticket     : RM900
 penginapan : RM600
 makanan     : RM100 (bekalan makanan beli kat tesco)
 Cash           : RM1750 (duit tu la buat beli tiket disneyland,disneysea,fuji-q highland,tokyo tower, hop on                           hop off bus, souvenir, suica card dan makan)
 total sume = RM 3350.00

 p/s: biar ade duit spare lam bank tu kot2 ade ape2 ke kan blh bwk kuar.

 rate: 1000 yen = RM32.18

tiket:
disneyland & disneysea = 11000 yen
fuji-q highland = 6100 yen
hop on hop off bus = 2000 yen
tokyo tower = 800 yen
suica card = 10,000 yen

No comments:

Post a Comment